Wednesday, February 14, 2018

Keistimewaan Melon Manis Terengganu- Green Dish

Semestinya Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai keunikan tersendiri setaraf dengan penilaian taraf buah sebanyak lima bintang yang diberikan oleh Jabatan Pertanian.


1. Kulit berwarna kuning dan licin.
2. Isi berwarna "Salmon Colour".
3. Tekstur isinya rangup, manis dan berkhasiat.
4. Purata berat ialah 1.2 - 1.8 kg/ biji.
5. Kemanisan > 14% apabila matang.
6. Tempoh penanaman ialah 65 hari dari tarikh semaian.
7. Jangka hayat yang panjang selepas tuaian bergantung kepada suhu persekitaran.





Buah Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai isi buah yang tebal dan manis boleh didapati di Green Dish berhadapan Kolej Vokasional Wakaf Tembesu.




 Buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang matang di ladang GM AgroFarm, Kuala Ibai, Terengganu.





Isi buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang berwarna " Salmon Colour".

Cara Menjaga Tanaman Melon Manis Terengganu (MMT)- Green Dish

1) Peringkat semaian


  • Biji benih akan direndam selama 8 jam ke dalam air suam yang dicampur dengan racun kulat dan hormon bagi memudahkan percambahan berlaku dan mengelak serangan kulat.
  • Benih perlu diletakkan dengan betul iaitu buju yang tajam (akar) ke dalam media semandai manakala yang buju kurang tajam diletakkan ke arah atas (pucuk). Kegagalan untuk bertindak sedemikian akan menyebabkan pokok lambat tumbuh atau mati. Kebiasaannya selepas 4 ke 5 hari, pucuk benih akan mula kelihatan.
  • Benih Melon Manis Terengganu (MMT) hanya berada di dalam tray selama 10 ke 15 hari sebelum dipindahkan ke dalam polibeg. 
  • Biji benih Melon Manis Terengganu boleh didapatkan di GM AgroFarm, Kuala Ibai, Terengganu atau boleh menghubungi Cik Najihah di talian 017-9817644.


Pucuk benih Melon Manis Terengganu (MMT) yang ke 10 hari.




Pucuk benih Melon Manis Terengganu (MMT) yang ke 5 hari.

2) Selepas 10-15 hari

  • Selepas cukup tempoh 10-15 hari, anak pokok Melon Manis Terengganu (MMT) sudah boleh dipindahkan ke dalam polibeg. Proses pemindahan anak pokok melon sebaiknya dilakukan pada waktu awal pagi atau petang dan jangan dilakukan pada waktu tengah hari.
  • Anak pokok Melon Manis Terengganu (MMT) perlu dipindahkan dengan berhati-hati kerana batang melon lembut dan mudah patah.
  • Polibeg mestilah mempunyai air yang cukup.
3) Penjagaan awal
  • Anak melon akan membesar dengan agak cepat bergantung kepada cara penjagaan. 
  • Selepas beberapa hari berada di dalam polibeg, pokok sudah boleh diikat, berbeza dengan tanaman cili yang memerlukan sekurang-kurangnya 5 tali.
  • Melon Manis Terengganu (MMT) hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 tali berukuran 7 kaki untuk diikat pada tali besi bahagian atas rumah perlindungan hujan (ketinggian 6-7 kaki).
4) Proses lilitan 
  • Pokok melon harus dililitkan pada tali secara manual untuk mengelakkan pokok menjalar ke arah lain ataupun tidak naik ke atas, sebaliknya menjalar ke tanah. Kemudian proses lilitan ini harus dilakukan setiap kali pucuk baru mula memanjang untuk mengelakkan berlakunya lecuh (patah) pada dahan pokok melon. 

Cara lilitan dan tali diikat.

5) Tunas air 
  • Apabila pokok di polibeg berusia 15 hari ke atas dan mula tumbuh tunas air, maka proses membuang tunas air perlu dilakukan untuk mengelakkan pokok berbuah dengan banyak (kawalan buah untuk meningkatkan kualiti/ saiz buah). 
  • Hanya beberapa mata pucuk (antara 6-9) perlu ditinggalkan untuk tujuan pendebungaan kelak sekaligus memilih buah kelak.
6) Pendebungaan
  • Proses pendebungaan dilakukan bila kedua-dua bunga jantan dan betina tumbuh. Bunga jantan akan tumbuh pada batang utama pokok manakala bunga betina pada bahagian tunas pokok yang ditinggalkan (tunas air yang tidak dibuang).
  • Proses pendebungaan berlaku melalui dua kaedah iaitu manual dan semulajadi. 
  • Secara semulajadi, serangga-serangga seperti semut, atau lebah hinggap di bunga jantan yang menyebabkan debunga melekat di bahagian anggota badan serangga dan serangga tersebut hinggap di bunga betina, maka berlakulah proses tersebut.
  • Secara manual, petani perlu mencabut bunga jantan dan keluarkan debunga dengan cara menyelak kelopak kuning dan geselkan pada bunga betina.
7) Buang buah

  • Selepas proses pendebungaan dilakukan, maka bunga betina akan menghasilkan buah pada setiap salur yang ada. Ketika ini, proses membuang buah dilakukan dengan memilih buah yang paling besar atau sihat terlebih dahulu untuk tujuan pemasaran. Kemudian, buah yang dijangkiti kulat perlu dibuang. 
  • Batang pokok Melon Manis Terengganu (MMT) perlu digunting menggunakan gunting yang dicelup racun kulat.
8) Balut buah
  • Apabila buah mula membesar, langkah seterusnya adalah membalut buah menggunakan surat khabar di kesemua bahagian buah kecuali di bahagian bawah. 
  • Tujuan pembalutan adalah untuk mengelakkan serangan lalat buah yang boleh merosakkan buah Melon Manis Terengganu (MMT).
9) Meracun (rutin mingguan) 
  • Proses meracun pokok perlu dilakukan seminggu sekali bertujuan untuk menghalau serangga yang merosakkan pokok menggunakan racun serangga. Racun yang berbeza perlu digunakan kerana racun yang sama mungkin tidak berkesan untuk kali ketiga dan seterusnya kerana serangga sudah kebal.
10) Pembajaan 
  • Pada minggu pertama pokok di polibeg, kandungan baja mestilah mempunyai bacaan sekitar 2.0 menggunakan mesin 'electroconductivity' (ec) dan setiap minggu dinaikkan dengan menambah 0.2 lagi sehinggalah satu minggu terakhir sebelum dituai.
  • Bagi meningkatkan rasa manis buah, nilai ec perlulah ditingkatkan beberapa hari sebelum dituai.
  • Beberapa hari sebelum dituai, air baja tidak perlu lagi dialirkan melalui sistem fertigasi. Buah dibiarkan menyerap segala nutrien dari dalam batang pokok dan daun.
11) Penuaian 
  • Proses penuaian buah boleh dilakukan pada hari ke 60-70, penuaian dilakukan dengan memotong bawah pokok bagi memudahkan proses pembuangan batang pokok selepas dituai.
#gambarakandiupdatekemudian#jomtanammelonmanisterengganuramairamai 


Tuesday, February 13, 2018

Khasiat buah Melon Manis Terengganu (MMT)- Green Dish


Melon Manis Terengganu (MMT) dikenali sebagai buah ikon negeri Terengganu turut mempunyai  khasiat yang baik untuk kesihatan.

1) Mengandungi kandungan Fiber yang tinggi. Fiber membantu proses pencernaan manusia.



2)Mengurangkan suhu badan kerana Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai kandungan air yang tinggi.






3) Kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.


4) Sebagai Agen Antioksida yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan kulit


Tekstur Melon Manis Terengganu- Green Dish

Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai kombinasi tekstur yang rangup dan rasa yang manis serta berlemak. Rona warna yang memukau turut meletakkan Melon Manis Terengganu (MMT) sebagai buah yang unik dan mempunyai kelas tersendiri.


Buah potong Melon Manis Terengganu (MMT) dijual di Green Dish dengan harga serendah RM2. 


Buah Melon Manis Terengganu (MMT) gred A yang segar dari ladang GM AgroFarm.

Sejarah Melon Manis Terengganu (MMT)- Green Dish

Melon Manis Terengganu (MMT) adalah merupakan varieti pertama bagi keluarga rock melon yang telah diumumkan oleh YB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif bin Abd. Rahman sebagai buah rasmi Negeri Terengganu pada 29 September 2015 sempena sambutan 110 Jabatan Pertanian peringkat Negeri Terengganu di TKPM Tok Dor.

Negeri Terengganu akan menjadi perintis dan pengeluar utama dalam memasarkan hasil Melon Manis Terengganu (MMT) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa berikutan permintaan yang tinggi daripada penduduk di beberapa buah negara terutama di rantau Asia, seperti Singapura dan Jepun. Namun begitu, Melon Manis Terengganu (MMT) juga boleh didapati di sekitar Kuala Nerus, Terengganu iaitu di Kedai Green Dish yang berhadapan dengan Kolej Vokasional Wakaf Tembesu. Green Dish menjual Melon Manis Terengganu (MMT) yang segar dari ladang mereka sendiri bertempat di GM AgroFarm, Kuala Ibai, Terengganu. Sebarang tempahan boleh dibuat melalui Cik Najihah, 017-9817644.